Monday, 22 July 2013

V100

SKUTER




Sebuah motosikal skuter merupakan sejenis motosikal yang secara tradisionalnya mempunyai ciri-ciri seperti kerangka "boleh langkah" (step-through), roda yang saiznya tidak melebihi 16 inci, serta enjin yang terletak di bahagian belakang bawah penunggang. Walau bagaimanapun, terdapat juga reka bentuk skuter yang lebih moden yang turut menerapkan ciri-ciri bagi klasifikasi motosikal lain ke dalamnya, misalnya Yamaha Nouvo yang menyerupai sebuah motosikal kapcai

 

Ciri-ciri

Enjin yang digunakan pada sesebuah skuter boleh jadi 2 lejang atau 4 lejang serta merangkumi saiz dari sekecil 50 cc sehinggalah sebesar lebih 500 cc seperti Yamaha T-Max, Honda Silver Wing dan Gilera GP800. Sistem transmisi yang digunakan pada skuter moden lazimnya adalah jenis transmisi automatik CVT, tetapi model-model skuter lama seperti Vespa serta beberapa model retro menggunakan transmisi manual berjujukan dengan penukar gear di bahagian kiri hendal yang boleh dipulas.

Jika dahulunya sistem kerangka skuter diperbuah daripada keluli ditekan, tetapi kini badan skuter diperbuat daripada plastik yang dipasang pada kerangka tiub keluli.

Boleh dikatakan hampir kesemua motosikal skuter moden menggunakan penghidup elektrik, tetapi skuter yang lebih kecil turut mempunyai penghidup tendang yang biasanya hanya digunakan ketika kecemasan seperti semasa bateri menjadi lemah. Beberapa model skuter yang lebih besar turut mempunyai ciri-ciri lebih mewah seperti sistem penggera, pemanas genggam hendal, radio serta sistem brek cegah kunci.



RXZ

RXZ



Fail:2004 Yamaha RX-Z 135.jpg




Yamaha RX-Z 135 adalah motosikal naked 2 lejang keluaran Yamaha. Mula dikeluarkan pada tahun 1987, model RX-Z sangat popular di Malaysia dan Singapura serta menikmati salah satu jangka hayat motosikal semasa yang terpanjang di kedua-dua negara, terutamanya di Malaysia kerana kekurangan pesaing motosikal jalanan buat masa kini. Pada tahun 2004, model ini diberi nafas baru serta dipasang penukar bermangkin



Spesifikasi




  • Enjin: Enjin 2 lejang 135cc sejukan udara

  • Susunan silinder: Silinder tunggal condong

  • Sesaran: 133 cc

  • Kuasa kuda: 20 PS (15 kW) @ 8,500 rpm

  • Kilasan: 1.85 kgf·m (18.1 N·m) @ 7,500 rpm

  • Kelajuan maksimum: 165 km/j

  • Lubang x lejang: 56.0 x 54.0 mm

  • Nisbah mampatan: 7 : 1

  • Transmisi: 6 kelajuan

  • Klac: Manual berbilang plat, basah

  • Jenis kerangka: Tiub keluli tetulang bawah

  • Gantungan hadapan: Telescopik

  • Gantungan belakang: Dua penyerap hentak

  • Brek hadapan: Cakera omboh tunggal

  • Brek belakang Gelendong

  • Berat kering: 106 kg

  • Muatan bahan api: 13.0 L