
Yamaha RX-Z 135 adalah motosikal naked 2 lejang keluaran Yamaha. Mula dikeluarkan pada tahun 1987, model RX-Z sangat popular di Malaysia dan Singapura serta menikmati salah satu jangka hayat motosikal semasa yang terpanjang di kedua-dua negara, terutamanya di Malaysia kerana kekurangan pesaing motosikal jalanan buat masa kini. Pada tahun 2004, model ini diberi nafas baru serta dipasang penukar bermangkin
Spesifikasi
Enjin: Enjin 2 lejang 135cc sejukan udara
Susunan silinder: Silinder tunggal condong
Sesaran: 133 cc
Kuasa kuda: 20 PS (15 kW) @ 8,500 rpm
Kilasan: 1.85 kgf·m (18.1 N·m) @ 7,500 rpm
Kelajuan maksimum: 165 km/j
Lubang x lejang: 56.0 x 54.0 mm
Nisbah mampatan: 7 : 1
Transmisi: 6 kelajuan
Klac: Manual berbilang plat, basah
Jenis kerangka: Tiub keluli tetulang bawah
Gantungan hadapan: Telescopik
Gantungan belakang: Dua penyerap hentak
Brek hadapan: Cakera omboh tunggal
Brek belakang Gelendong
Berat kering: 106 kg
Muatan bahan api: 13.0 L
No comments:
Post a Comment